fb fb fb fb fb

Orkestra RTM bakal lakar sejarah pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal melakar sejarah pada sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung 31 Ogos ini.

Ini selepas buat julung kalinya upacara menaikkan Jalur Gemilang dan muzik lagu Negaraku akan diiringi oleh Orkestra berkenaan di bawah pimpinan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan diiringi 65 pemuzik.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata sambutan kali ini juga adalah yang terbesar diadakan sejak pandemik COVID-19.

(Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek)

"Ini merupakan satu kelainan dan satu pengiktirafan juga kita berikan kepada orkestra RTM untuk sama-sama terlibat dalam skala besar dalam program sambutan hari kebangsaan pada tahun ini," katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka.

Tambah Mohammad Mentek, bagi menunjukkan kerancakkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini, kesemua 27 kementerian turut terlibat dalam acara perbarisan mengikut kontinjen masing-masing.

Seramai 16 ribu orang yang terdiri dari kalangan pelajar, penjawat awam, penggiat seni dan karyawan terlibat dalam semua acara dan dijangka 50 ribu pengunjung bakal memeriahkan sambutan tahun ini.

Media Baharu