fb fb fb fb fb

Program sembang santai belia berjaya dicatat dalam Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Program Sembang Santai Belia bermula 21 Ogos lalu yang berakhir hari ini berjaya dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai program secara langsung paling lama bersiaran.

Timbalan Menteri KBS, Datuk Sri Ti Lian Ker berkata program tersebut merupakan platform perkongsian maklumat berkaitan i-Lead dan isu membabitkan golongan belia pada masa kini.

(Timbalan Menteri KBS, Datuk Sri Ti Lian Ker)

"Matlamat program ini ialah untuk menggalakkan belia-belia untuk bersama sembang santai secara bersopan santun, secara bertanggungjawab dan juga menyelesaikan masalah-masalah dan memahami secara berfakta secara saintifik dan kita telah berjaya dalam sasaran kita.

"Untuk sembang santai secara bersambung selama 88 jam dan masa bersiaran merangkumi 66 topik perbincangan dan juga menampilkan 99 orang panel yang terdiri daripada pegawai i-lead, wakil persatuan, ngo dan sebagainya," katanya dalam sidang media di majlis penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book Of Records program berkenaan di ibu negara.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Instiitut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) itu dijayakan bersama Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC).

Media Baharu