fb fb fb fb fb

75 pelajar tahfiz terima biasiswa RM1.06 juta

(Datuk Idris Ahmad mrenyampaikan surat tawaran kepada pelajar baharu tajaan Skim Pembiayaan
Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia)

BANGI, 25 Ogos- Seramai 75 orang pelajar tahfiz menerima biasiswa berjumlah RM1.06 juta , tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, pembiayaan ini diberikan bagi golongan hafiz ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus menjana modal insan daripada kalangan penghafaz Al-Quran.

"Mereka inilah merupakan orang yang terpilih sebenarnya daripada 300 lebih yang kita interview, maka mereka ni 75 orang sahaja kita pilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang agak ketat juga dan inilah hasil yang perolehi hari ini.

"Maka sepertimana yang saya harapkan ialah mereka ini akan menjadi ulama dan juga mereka akan menjadi profesional huffaz dan mereka akan duduk bersama-sama masyarakat untuk membawa AL-Quran di dalam diri mereka," katanya selepas menyampaikan surat tawaran kepada pelajar baharu tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia, di sini.

SPH merupakan satu-satunya biasiswa khusus kepada huffaz Al-Quran dengan kepelbagaian bidang, seterusnya membuktikan kerajaan tidak mengkesampingkan golongan menghafaz al-Quran serta mampu menguasai pelbagai bidang ilmu.

SPH bertujuan untuk mengiktiraf golongan hafiz dan menjaga kebajikan golongan penghafaz Al-Quran yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian.

Sehingga kini seramai seribu 252 orang penerima yang telah mendapat manfaatnya SPH dengan peruntukan dibawah JAKIM sebanyak hampir tujuh juta ringgit setahun.

(Seramai 75 orang pelajar tahfiz menerima biasiswa berjumlah RM1.06 juta , tajaan
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Media Baharu