fb fb fb fb fb

Jemaah haji manfaatkan e-Taib untuk rujukan ibadah

Foto fail

MEKAH, 25 Mei - Hampir 4,000 pertanyaan diterima melalui aplikasi e-Taib (Talian Ibadat) sejak 2 Mei lalu. 

Pembimbing Ibadat di Tanah Suci (PIHTAS) Salmah Sheikh Hassan berkata, keberkesanan inisiatif digital yang diperkenalkan Lembaga Tabung Haji (TH) itu terbukti berkesan dalam membantu jemaah haji mendapatkan panduan dan penjelasan mengenai hukum-hakam serta perjalanan ibadah mereka di Tanah Suci.

Melalui aplikasi e-Taib, jemaah haji boleh mengajukan sebarang persoalan menggunakan telefon pintar mereka kepada PIHTAS.

"Mungkin ada jemaah yang segan atau malu bertanya tentang hukum hakam yang ada bermain di minda mereka. Mereka boleh menggunakan aplikasi itu," katanya kepada pemberita.

Lazimnya, persoalan dibangkitkan ialah berhubung fiqh wanita. Itu antara yang sering dikemukan jemaah wanita, dan perkara tersebut diambil serius oleh PIHTAS bagi membantu mereka memahami persoalan hukum dan cara melaksanakan ibadah dalam tempoh itu.

Jelasnya, seramai empat pengendali PIHTAS dan beroperasi selama 18 jam sehari sebelum ia beroperasi 24 jam menjelang kemuncak Hari Masyair.

"Satu amanah besar untuk kami memastikan mereka faham dan jawapan kami adalah tepat ini melibatkan ibadah hukum hakam, kita tidak boleh main-main kerana semua jemaah mahukan ibadah haji umrah yang mabrur. Jadi satu tanggungjawab besar kepada petugas kami akan cuba yang terbaik, Insya-Allah," katanya.

TETITIA YUSOFF