ALOR SETAR, 29 Oktober - Penduduk terjejas banjir di Kedah terus berkurang kepada 770 terdiri daripada 216 keluarga di lima pusat permindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataannya memaklumkan seramai 580 penduduk daripada 162 keluarga di daerah Pendang ditempatkan di tiga PPS.
Penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh dan di SK Tunku Intan Shafinaz.
Di Kota Setar, seramai 138 penduduk daripada 38 keluarga di tempatkan di sebuah PPS iaitu di SK Haji Idris Tajar.
Manakala di Pokok Sena, terdapat 52 penduduk daripada 16 keluarga di berlindung di Dewan Serbaguna Pokok Sena.
Penduduk terjejas banjir di Kedah berkurang kepada 770
powered by social2s
