fb fb fb fb fb

Jelajah Saya Digital 2.0, bantu masyarakat tingkat ilmu digital

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meneruskan siri Program Jelajah Saya Digital 2.0 ke Johor Bahru.

Jelajah itu bagi terus membantu komuniti meningkatkan ilmu dan kemahiran digital.

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Program Jelajah Saya Digital 2.0 dilaksana bagi mencapai matlamat bersama iaitu menguasai kemahiran digital, menjana pendapatan dan memperkasa kerjaya masa hadapan.

"Kita kena laksanakan ini kerana satu sebab jsahaja iaitu kita nak kemahiran digital itu ditingkatkan. Kalau kita lihat, ekonomi negara bertambah baik, pelabur sudah datang ke negara kita."

"Ini bermakna ruang untuk kembangkan ekonomi itu sangat luas dan perkara itu perlu direbut oleh rakyat," kata Syed Ibrahim kepada pemberita selepas Program Biz Malaysia di RTM, hari ini.

Beliau berharap orang ramai memanfaatkan Program Jelajah Saya Digital 2.0 yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 26 dan 27 Julai ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM