KUALA LUMPUR, 23 Julai- Usaha berterusan mempercepat penggunaan rangkaian 5G dalam pelbagai perusahaan adalah penting untuk mentransformasikan digital Malaysia.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata pengguna mendapat manfaat daripada kelajuan pantas dan pengalaman mudah alih yang dipertingkatkan melalui 5G, selain merevolusikan operasi perniagaan, kerjasama dan inovasi.
"Contohnya jika anda dalam industri kesihatan yang beroperasi di hospital, di mana anda akan melakukan pembedahan jarak jauh..anda perlu memastikan mempunyai rangkaian yang dibina untuk menyokong pembedahan tersebut.
"Doktor berada di Kanada menjalankan pembedahan dari jauh.. dari Kanada ke hospital di sini dengan menggunakan robot.. perlu dipastikan mempunyai sambungan yang boleh menyokong anda," kata Gobind dalam ucapan pada Persidangan The PRISM 2024 di sini.
Katanya lagi, 5G akan memainkan peranan penting dalam memacu produktiviti dan daya saing untuk Malaysia.
Ia turut meletakkan negara sebagai peneraju 5G di rantau ini.