fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Pendakwa Raya ICC

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan.

Pada pertemuan tersebut Perdana Menteri dimaklumkan mengenai peranan ICC dan perkembangan isu-isu antarabangsa terutamanya di Palestin dan Myanmar.

Anwar turut menekankan bahawa Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam dari rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.

"Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin", katanya menerusi facebook.

Mengenai perihal isu Myanmar, beliau mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mencari jalan penyelesaian.

ROSLINA BINTI DIN