ARAU, 8 April- PerlisFM meneruskan program Jelajah Ramadan siri kedua ke Parlimen Arau dengan menyantuni golongan asnaf.
Program berkenaan yang berlangsung petang tadi turut mendapat kerjasama baik daripada Masjid Al Barakah Arau Perlis.
Seramai 150 orang anak Kariah masjid disantuni.
"Tahun ni kita nampak ada kelainan dia, sebab kita ni merupakan antara negeri untuk sesi penutupan dan selepas ni kita akan sesi ketiga di masjid di Batu 5 dan walaupun tiga kali penganjurannya di Perlis, tapi misi dan motifnya tetap sama, untuk kita menyantuni golongan yang kurang berkemampuan dalam masa sama menyemarakkan semangat untuk kita berada dalam bulan Ramadan," kata Penerbit Jelajah Ramadan Siri Kedua. Iqbal Arif Yaakob.
Program yang bermula jam 5.00 petang itu dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan Ustaz Muhammad Rizal Azizan dengan tajuk Mencari Redha Allah.
Program diteruskan dengan sumbangan kepada 30 orang anak yatim dan 10 orang asnaf sumbangan PerlisFM dan pihak masjid berupa duit raya dan barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak.
Program kali ini juga turut diselitkan dengan sesi pembayaran zakat fitrah bagi kakitangan PerlisFM yang belum membayar zakat pada tahun ini, dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama pihak masjid.
(Jelajah Ramadan santuni asnaf di Parlimen Arau)