HULU LANGAT, 8 April- Yayasan Darul Ehsan (YIDE) dan KDEB Waste Management (KDEBWM) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Masjid Jamek Pekan Kajang, hari ini.
Menurut Pengerusi YIDE, Tan Sri Mazlan Mansor, dengan termeterainya MoU itu diharapkan KDEBWM akan terus mengukir senyuman anak-anak yatim melalui Infak Tanggungjawab Sosial Korporat.
"Komitmen ini adalah satu contoh yang cukup baik khususnya apabila mereka telah menganjurkan satu sistem potongan bulanan," kata Mazlan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KDEBWS apabila seramai 371 kakitangannya telah mencarum potongan gaji melalui Skim Infaq Yatim YIDE.
"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak YIDE yang telah memberi komitmen dan setuju bekerjasama dengan KDEB dalam kita buat kerja kita dapat pendapatan cukai zakat KDEB bawah syarikat kerajaan negeri adalah untuk menyumbang setakat mana yang kita mampu. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit senyuman kepada semua anak yatim bawah YIDE, " katanya.
KDEBWM telah membantu anak-anak yatim seliaan YIDE sejak 2017.
Pada 4 April lalu, KDEBWM menyerahkan sumbangan hari raya dengan meraikan anak-anak yatim seliaan YIDE di Shah Alam.
(Tan Sri Mazlan berkata YIDE, KDEBWM meterai MoU Infak Tanggungjawab Sosial Korporat)