fb fb fb fb fb

Tarikh Aidilfitri: Rujuk sumber rasmi

KUALA LUMPU, 8 April- Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar merujuk sumber media rasmi seperti RTM bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kini terdapat banyak info tular di media sosial terutama dari sumber negara luar tentang tarikh Aidilfitri.

"Kita lihat sekarang ni ada banyak ulasan sama ada dalam media sosial atau dalam laman-laman web yang mengangkat pandangan di negara-negara lain tentang kebarangkalian bila tarikh Aidilfitri.

"Jadi saya beri peringatan, beberapa hari lalu saya juga telah bertemu Timbalan Ketua Pengarah Jakim membincangkan perkara yang sama. Beliau dan saya juga mengingatkan bahawa hanya satu tarikh yang kita ikut iaitu yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja." katanya ketika ditemui media dalam Program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Isu penentuan tarikh Hari Raya Aidilftri menjadi polemik susulan ramalan beberapa ahli astronomi dari negara luar yang menjangkakan ia jatuh awal sehari pada 21 April.

(Fahmi berkata umat Islam dinasihat rujuk sumber media rasmi)

Media Baharu