fb fb fb fb fb

Projek pembangunan baharu perlu beri manfaat kepada rakyat

KUALA LUMPUR, 8 April- Kelulusan projek pembangunan baharu di kawasan ibu kota hanya akan diberikan sekiranya projek itu mengikut kerangka pemikiran baharu kerajaan perpaduan.

Ini bagi memastikan rakyat biasa turut dapat menikmati sebarang pembangunan yang dilaksana di kawasan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau sudah banyak membekukan projek-projek baharu yang hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu.

"Kalau tak sampai bila? Kerajaan tidak mampu nak belanja keseluruhan untuk rakyat berpendapatan rendah, rumah-rumah. Jadi kalau kita luluskan satu tapak, dia ada 10 ekar dia dapat tujuh ekar untuk projek harga tinggi satu flat 3, 5, 10 juta itu dia buat kita jangan halang tetapi syaratkan supaya ada projek bagi faedah rakyat biasa.

"Kalau tidak orang miskin tidak boleh duduk di Kuala Lumpur. Kalau tiada perubahan dalam hal ini org miskin kena balik ceruk tok kun (luar bandar)" katanya ketika ketika berucap dalam Program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Seramai 300 asnaf dan fakir miskin Parlimen Lembah Pantai menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM200.

(Datuk Seri Anwar berkata projek pembangunan baharu perlu beri manfaat kepada rakyat)

 

 

Media Baharu