(Pelepasan konvoi bagi program anjuran KPJ Healthcare itu dilakukan oleh Menteri
Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)
KUALA LUMPUR, 8 April- 15,000 pek bubur lambuk diagihkan di sekitar Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Seri Serdang dalam program Bubur Lambuk Mega Kasih Ramadan.
Pelepasan konvoi bagi program anjuran KPJ Healthcare itu dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Seramai 200 sukarelawan bergotong royong menyediakan juadah tersebut.
"Insya-Allah usaha murni ini kami harap dapat menarik perhatian lebih ramai sahabat-sahabat untuk berkolaborasi dengan kami sebab di KPJ ni kami punya tujuan adalah untuk mempromosi kesihatan dan menjaga kesihatan dan menjaga kita sesama kita untuk menjadi lebih sihat dan prihatin untuk masyarakat sekelilling," kata Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare, Norhaizam Mohammad.
Program melibatkan kerjasama antara SAJI Malaysia, Volvo Malaysia, Masjid Negara, Pusat Pungutan Zakat dan MAIWP.
(Seramai 200 sukarelawan bergotong royong menyediakan juadah tersebut)