fb fb fb fb fb

KDN teliti mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi

(Foto fail)

GEORGE TOWN, 9 April- Kerajaan sedang meneliti alternatif mendapatkan mesin pencetak pasport berkualiti tInggi sebagai langkah mengatasi kesesakan di Jabatan Imigresen.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), isu kesesakan di pejabat Imigresen semakin luar biasa disebabkan permohonan yang meningkat.

"Kami juga akan menggantikan mesin pencetak yang sekarang ini, kepada pencetak yang mempunyai keupayaan lebih tinggi.

"Sekarang ini mesin cetak pasport di pejabat pengeluar itu, satu hari boleh proses tak sampai 500. Kita telah pun mendapatkan beberapa alternatif lain yang kita akan muktamadkan keupayaan mesin cetak pasport, satu jam kepada 120 buku," kata Saifuddin kepada pemberita selepas majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di sini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Untuk rekod, Jabatan Imigresen mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport sepanjang tempoh pasca pandemik Covid-19 iaitu peningkatan empat kali ganda berbanding tempoh sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan Jabatan Imigresen telah mengenalpasti 21 pejabat pengeluar pasport yang mengalami kesesakan luar biasa dan satu projek perintis akan dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan itu.

 Hanya beberapa pejabat pengeluar pasport akan dijadikan lokasi untuk mengambil pasport yang siap dipohon menerusi online manakala warga emas, orang kurng upaya dan kanak-kanak masih boleh berurusan dengan pejabat Imigresen di negeri masing-masing secara bersemuka.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata KDN sedang teliti mesin pencetak pasport berkapasiti
tinggi)

Media Baharu