fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan RTM kini di Kedah

ALOR SETAR, 7 April - Jelajah Ramadan RTM diteruskan ke Kedah dengan pengisian utama menyantuni golongan ibu tunggal dan anak yatim di daerah Sik.

Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar berkata program yang memupuk semangat kekeluargaan dan prihatin selaras dengan konsep keluarga Malaysia bermula dengan menziarahi lima buah keluarga uzur di Kampung Sungai Pau.

Turut disantuni 10 ibu tunggal dan 10 anak yatim di Masjid Kampung Tupai.

(Sharimah Abu Bakar)

"Alhamdulillah hari ini sekali lagi RTM Kedah dapat mengadakan program Jelajah Ramadan kali yang ke-10. Program sebenarnya adalah seperti serampang dua mata iaitu kita dapat mempromosikan Radio Malaysia Kedah kepada masyarakat di negeri ini," katanya.

Beliau ditemui selepas pelepasan konvoi Jelajah Ramadhan RTM Kedah di perkarangan Jabatan Penyiaran Kedah.

Pelepasan disempurnakan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman sambil diiringi Kelab Motosikal Alternatif ARC.

"Sudah pastilah program Jelajah Ramadan hari ini akan memberi satu mesej yang sangat besar kepada masyarakat khususnya bagaimana kita seluruh rakyat perlu melihat bahawa Ramadan bukan hanya untuk kita berpuasa semata-mata," kata Ahmad Tarmizi.

(Ahmad Tarmizi)

Kedah merupakan negeri ketiga lokasi Jelajah Ramadan selepas Perak dan Pulau Pinang.

Media Baharu