fb fb fb fb fb

Jelajah Ramadan KEDAHfm santuni asnaf

(Sharimah Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada penerima)

ALOR SETAR, 10 April- Prihatin dengan nasib golongan yang memerlukan khususnya di bulan Ramadan, skuad Jelajah Ramadan KEDAHfm tidak ketinggalan tampil menghulurkan sumbangan.
 
Kali ini, seramai 30 asnaf menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.
 
Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar berkata, penerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf terpilih dari sekitar kariah Masjid Nurul Ittifaq, Jalan Peremba, Alor Setar.
 
"Saya harap sumbangan ini akan dapat meringankan sedikit bebanan kepada penerima-penerima sempena bulan Ramadan dan menambahkan keceriaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Ini juga adalah sebagai tanda prihatin RTM Kedah kepada seluruh masyarakat setempat,"katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Masjid Nurul Ittifaq, Jalan Peremba, Alor Setar, pagi tadi.
 
Perasaan syukur dan terima kasih diatas keprihatinan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khususnya KEDAHfm terhadap golongan kurang bernasib baik disambut baik.
 
"Saya ucap berbanyak terima kasih kepad RTM dan para penyumbang, penaja yang bagi sumbangan kepada kami, kami boleh jadikan sumbangan ini untuk kegunaan harian,"kata Wan Isa Abdullah, wakil penerima sumbangan Jelajah Ramadan KEDAHfm.

Selain sumbangan, pelbagai aktiviti turut diadakan.
 
Antaranya, gotong-royong memasak bubur lambuk dan kuiz bersama Ahli Jawatankuasa, AJK Masjid Nurul Ittifaq dan warga KEDAHfm.
 
"Program-program sebegini seharusnya diteruskan dan Jelajah Ramadan telah masuk tahun ke-11, untuk di Kedah kami sangat berbesar hati telah memilih tiga buah masjid untuk kita tampilkan iaitu Masjid Nurul Ittifaq, Masjid IPK dan Masjid Bukhari,"menurut Penerbit Program Jelajah Ramadan KEDAHfm, Suryani Mohamed.

Konvoi Jelajah Ramadan KEDAHfm 2023 yang turut disertai 77 buah motosikal sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun RTM ke-77 dilepaskan di perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, Jalan Kuala Kedah.
 


(Gotong-royong memasak bubur lambuk )

Media Baharu