fb fb fb fb fb

Jelajah Aspirasi Malaysia diteruskan di Pulau Pinang

Jelajah Aspirasi Malaysia anjuran RTM dengan kerjasama Petron di Stesen Minyak Petron, Juru

SEBERANG PERAI, 20 Ogos- Program Jelajah Aspirasi Malaysia anjuran RTM dengan kerjasama Petron diteruskan di Pulau Pinang selepas Perlis dan Kedah.

Bertempat di Stesen Minyak Petron, Juru, program sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 itu bagi menyemai semangat patriotisme serta memperingati nilai kemerdekaan.

Pelbagai aktiviti turut diadakan, kuiz, putar dan menang, pertandingan karaoke serta pemberian makanan percuma kepada pengunjung.

"Sebelum ini program berkenaan dikenali sebagai Aspirasi Merdeka dan tahun ini kita ubah konsep dengan mengadakan jelajah dan kita menjenamakan semula menjadi Jelajah Aspirasi Malaysia.

"Kita akan menjelajah negeri seluruh semenanjung, kita mengharapkan bahawa program ini memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Mereka yang bekerja dan terlibat secara langsung dengan kamidapat sama-sama menyemarakkan Jelajah Aspirasi Malaysia di tempat lain," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu Pengusaha Stesen Minyak Petron di RnR Juru Datuk Ismail Jaafar Ng yang juga melepaskan pseserta konvoi berkata, kerjasama seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang.

"Pada pendapat saya kerjasama antara RTM dan Petron perlu diteruskan pada masa akan datang berikuta masing-masing mempunyai pengikut yang tersendiri.

"Jadi ini merupakan satu kombinasi yang baik. Saya harap semoga ia disertai dengan penglibatan lebih menyeluruh dan lebih meriah lagi," katanya.

Program yang dihadiri Timbalan Pengarah Penyiaran Pulau Pinang Jumaahtun Abdul Ghani itu turut meraikan 10 pesakit kanser kanak-kanak.

Mereka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia menerima bantuan barangan serta wang tunai oleh Petron.

Bagi Presiden Persatuan Kanser Kanak-Kanak Wilayah Utara Maznah Tayib, bantuan yang diberikan dilihat akan membantu keluarga penerima.

"...kami sangat berterima kasih kepada Petron dan RTM atas sumbangan ini. 10 kanak-kanak yang dipilih sedang dalam rawatan kimoterapi dan keluarga mereka memerlukan bantuan kewangan. Bantuan ini sebenarnya sangat membantu," katanya.

Konvoi Jelajah Aspirasi Malaysia disertai lebih 30 kakitangan RTM, melibatkan 10 kereta diteruskan ke Perak.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI