fb fb fb fb fb

Ops Mahir: 114 PATI ditahan

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Othman

KOTA BHARU, 20 Ogos - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 114 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Staponal, Batu Jong, Kuala Krai.

Kesemua PATI yang di tahan menerusi Ops Mahir itu terdiri daripada enam negara berbeza berusia antara 24 hingga 50 tahun; paling ramai adalah warganegara China iaitu seramai 70 orang.
 
Ia di ikuti Bangladesh (28), Myanmar (11), Pakistan (2), Indonesia (2) serta seorang dari Thailand.
 
Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM Basri Othman, operasi penguatkuasaan yang bermula pukul 9.10 pagi tadi di sertai 69 pegawai dan anggota dari JIM Putrajaya dan dibantu JIM Negeri Kelantan.
 
Hasil siasatan awal mendapati PATI terlibat sudah berkerja di kilang terbabit sejak lima bulan lalu dan dibayar gaji minimum berjumlah RM1,000 bergantung kepada kemahiran yang dimiliki mereka.
 
"Ops Mahir ini di lakukan setelah JIM dapat aduan awam dan kita telah lakukan risikan selama dua minggu, kebanyakan daripada mereka yang ditahan ini melakukan kesalahan bawah Peraturan Imigresen 39b iaitu salah guna pas dan selebihnya tinggal lebih masa dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalan yang sah," kata Basri.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Kompleks Imigresen Negeri Kelantan, di sini.
 
Mengulas lanjut Basri berkata, sepanjang operasi berkenaan dilakukan, tiada sebarang pergelutan berlaku biarpun ada cubaan untuk melarikan diri.
 
Kesemua PATI dihantar ke Depot Imigresen Kelantan untuk tindakan lanjut manakala majikan mereka yang merupakan warga tempatan akan dipanggil bagi membantu siasatan.
 

TETITIA YUSOFF