fb fb fb fb fb

Jejantas Rimba, promosi kelestarian biodiversiti negara - Nik Nazmi

Foto FB Menteri

KEPONG, 27 Jun- Forest Skywalk atau Jejantas Rimba yang diperbuat menggunakan aluminium berupaya menyokong industri pelancongan ke arah mempromosi kelestarian sumber biodiversiti negara.

Menurut data Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), seramai 56,919 pelawat telah direkodkan mengunjungi jejantas itu sejak ia mula dibuka pada tahun 2020 sehingga Mac 2023.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata produk ekopelancongan berkenaan turut mampu menjana pendapatan sebanyak RM768,168.

"Ini merupakan salah satu produk ekopelancongan yang sangat unik. Dibangunkan dengan struktur aluminium di atas silara hutan (forest canopy).

Setakat Mac 2023, FRIM merekodkan seramai 56,919 pelawat telah berkunjung ke jejantas ini," kata Nik Nazmi kepada pemberita hari ini sempena lawatan kerjanya ke FRIM.

Jejantas berukuran 50 meter tinggi dan 250 meter panjang itu mula beroperasi pada 31 Ogos 2020 dan dibiayai oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


(Foto FB Menteri)

Media Baharu