fb fb fb fb fb

Tiada halangan caretaker guna kenderaan rasmi negeri

GEORGE TOWN, 27 Jun - Tidak ada sebarang halangan untuk kerajaan ‘caretaker’ menggunakan aset dan kemudahan kerajaan negeri termasuk kenderaan rasmi kerajaan.

Ia susulan kesemua mereka masih lagi menjalankan tugas pentadbiran walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan berkuatkuasa esok.


(Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow)

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bagaimanapun selepas penamaan calon diumumkan kenderaan rasmi yang digunakan oleh exco-exco kerajaan negeri akan dihentikan penggunaannya.

Ia berikutan ada antara mereka yang menjadi calon dan terlibat dengan aktiviti berkempen dalam Pilihanraya Negeri (PRN). 

“Tidak timbul masalah sebab kita belum mula berkempen secara rasmi dan masih dalam transisi ataupun kerajaan yang sedia ada", katanya.

Jelasnya juga sebarang keputusan yang diputuskan oleh exco-exco masih boleh diumumkan walaupun ketika kerajaan sementara mentadbir.

Malah, projek-projek sedia ada daripada kerajaan persekutuan juga masih boleh dilaksanakan.

“Bagaimanapun, tidak ada sebarang halangan untuk kerajaan Persekutuan datang ke Pulau Pinang mengumumkan projek-projek kerana kerajaan tersebut bukanlah dalam mood caretaker”, katanya dalam sidang media selepas majlis Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Sempena Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, petang tadi.

Media Baharu