fb fb fb fb fb

Industri francais, jualan langsung perkukuh ekonomi negara

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 27 Jun- Sebanyak 21 syarikat jualan langsung menerima lesen jualan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara melalui industri francais dan jualan langsung.

Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof optimis, industri itu adalah platform terbaik bagi syarikat memasarkan produk dan menyampaikan perkhidmatan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Ia merupakan pendekatan kerajaan dalam membangunkan industri jualan langsung dan francais sejajar dengan visi KPDN iaitu menjadikan Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

"KPDN amat berbangga dengan industri dan pencapaian industri jualan langsung di Malaysia yang berada di kedudukan keenam terbaik dunia dan nombor empat terbaik di Asia Pasifik. Ini adalah berdasarkan Laporan Jualan Peruncitan, Jualan Langsung Global 2021 yang dikeluarkan persatuan jualan langsung, World Direct Selling Organization," kata beliau kepada media di sini.

46 Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan lapan Sijil Pendaftaran Konsultan turut disampaikan kepada syarikat berkenaan.

(Datuk Azman berkata industri francais, jualan langsung perkukuh ekonomi negara)

Media Baharu