fb fb fb fb fb

Pensijilan halal, Malaysia sedia tawar kepakaran kepada Laos

Foto Fail

VIENTIAN, 27 Jun- Malaysia sedia tawar kepakaran pensijilan halal kepada Laos.

Kerjasama itu dapat direalisasikan menerusi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ia boleh membantu Laos memasuki pasaran eksport ke negara Islam.

"Saya telah beritahu Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone bahawa Malaysia ada kekuatan dan kemahiran dalam pensijilan halal yang mana tanggungjawab itu di bawah bidang kuasa JAKIM.

Beliau sangat tertarik dengan cadangan itu dan akan mengarahkan pegawai-pegawainya segera bertindak bersama pihak JAKIM dan membantu Laos mengembangkan industri halal," kata Anwar kepada pemberita pada lawatan rasminya ke Laos hari ini.

Tambah beliau, kerjasama halal yang bakal dijalin bakal menarik pelancong-pelancong asing ke Laos.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone
dalam sidang media hari ini)

 

Media Baharu