fb fb fb fb fb

JBPM Selangor siap siaga hadapi kemungkinan bencana dan banjir kilat

SHAH ALAM, 28 Januari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor diletakkan dalam keadaan lebih bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau banjir kilat sehingga pertengahan Februari.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata lebih 20 kawasan melibatkan beberapa daerah di Selangor dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan berlakunya banjir kilat.

"Kita sekarang ini telah meningkatkan kesiapsiagaan, kita tidak akan tunggu panggilan daripada orang ramai apabila berlakunya hujan atau ribut.

"Kita akan dengan sendiri buat rondaan di kawasan atau lokasi banjir kilat yang sering dilanda ribut.

"Segala kelengkapan logistik sama ada bagi kegunaan di air, darat serta udara turut sedia diaturgerakkan bagi menghadapi situasi luar jangka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Aeon Mall Shah Alam, di sini.

Pada majlis itu, sebanyak 93 premis perniagaan diperiksa melibatkan aspek keselamatan.

"Sebanyak 93 premis yang kita periksa dan daripada jumlah itu 21 diberikan notis supaya dapat mematuhi dan memastikan keselamatan premis berada dalam keadaan baik," jelasnya.

Media Baharu