JBPM Perlis terima dua jentera kompak, permudah anggota ke lokasi

Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin

KANGAR, 5 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis menerima dua buah jentera bomba kompak atau Compact Fire Rescue Tender (CFRT) bagi memudahkan anggota ke kawasan kebakaran di luar bandar yang mempunyai laluan kecil dan berliku serta laluan bendang sawah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua jentera CFRT diterima untuk memudahkan anggota ke kawasan luar bandar berlaluan sempit dan berliku.
  • Perolehan membantu mempercepatkan masa tindak balas kecemasan ke lokasi kebakaran.
  • CFRT membawa kira-kira 1,000 liter air, cukup untuk pemadaman awal sebelum sambungan kepada sumber air lain.
  • Unit baharu ditempatkan di Balai Bomba Padang Besar dan Balai Bomba Arau sebagai fasa penggantian.

Menurut Pengarah JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, perolehan jentera berkenaan dapat membantu waktu tindak balas kecemasan anggota bertugas untuk tiba ke lokasi dalam masa singkat sebelum ini.

“Jabatan telah berusaha dan mengambil langkah menggantikan jentera dalam proses penggantian. JBPM Negeri Perlis kini telah menerima dua unit CFRT baharu yang akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar serta Balai Bomba Arau.

“Ini adalah fasa penggantian jentera bomba jabatan, dan kita mengalu-alukan langkah ini kerana keperluan di Negeri Perlis semakin meningkat, terutamanya pada musim kemarau,” katanya.

Jentera bomba yang biasa lazimnya membawa air sekitar 3,600 liter manakala untuk jentera CFRT pula agak kecil dan membawa kuantiti air sekitar 1,000 liter dan ia cukup untuk membolehkan pemadaman awal dilakukan sebelum disambungkan dengan pili bomba atau kawasan air terbuka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perbarisan Tahunan 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis di sini.

Bersempena dengan perbarisan itu, turut berlangsung Penyampaian Beret Pasukan STORM, Penyerahan Geran Tahunan Pasukan Bomba Sukarela dan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Petugas Media.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan