fb fb fb fb fb

JBPM, PBT sedia hadapi banjir hujung tahun ini

IPOH, 25 September- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan membuat persiapan rapi bagi menghadapi banjir menjelang hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, satu taklimat khas akan diberikan pihak bomba berhubung tahap kesiapsediaan pasukan itu berdepan situasi bencana banjir, pada minggu depan.

Nga berkata KPKT turut bekerjasama dengan PBT bagi melakukan penyelenggaraan dan beberapa kerja naik taraf saliran air untuk mengurangkan risiko akibat banjir.

"Ini adalah kolaborasi dan juga perkara asas tetapi sangat penting sekiranya longkang tidak tersumbat. Sekiranya bersih maka tidak ada banjir kilat. Seluruh negara turut disaran membuat persiapan sepenuhnya bagi menghadapi banjir," katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Kementerian itu telah meluluskan peruntukan hampir RM70 juta untuk negeri Perak bertujuan menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur asas termasuk longkang dan jalan.

(Nga Kor Ming)

Media Baharu