fb fb fb fb fb

326 kertas siasatan dibuka membabitkan Akta 446 tahun ini - JTKSM

JOHOR BAHRU, 25 September- Sebanyak 326 kertas siasatan dibuka Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berhubung Akta 446 sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah itu, 187 kes dikenakan kompaun berjumlah RM1.9 juta terhadap majikan dalam pelbagai sektor membabitkan pelbagai kesalahan dilakukan bawah akta berkenaan.  

Timbalan Ketua Pengarah Operasi (JTKSM), Mohd Asri Abdul Wahab berkata pihak majikan seharusnya patuh dan menyediakan penginapan kondusif dan selamat selaras dengan Akta 446, yang berkuat kuasa sejak tiga tahun lalu.

"Di situ mereka tidur, di situ juga mereka masak. Kalau kita lihat tadi dengan bawang, cili dan peti sejuk pun ada di dalam ruangan itu.

Maka, menerusi kesalahan-kesalahan ini kita akan buka kertas siasatan dan sekiranya didapati bersalah, kita akan seret majikan ke mahkamah dan mereka boleh didenda RM50,000 untuk satu kesalahan," kata Mohd Asri kepada pemberita selepas operasi bersepadu dijalankan JTKSM ke atas sebuah premis pembuatan plastik, di sini.


(Timbalan Ketua Pengarah Operasi (JTKSM), Mohd Asri Abdul Wahab)

Premis tersebut beroperasi dengan kapasiti 409 pekerja terdiri daripada 84 pekerja tempatan dan 325 pekerja asing itu didapati gagal mematuhi Akta 446.

Penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan kepatuhan pihak majikan dalam menyediakan penginapan kondusif kepada pekerja sekali gus mencapai hasrat negara untuk sifar buruh paksa pada tahun 2030.


 

Media Baharu