(JBPM Negeri Sembilan memeriksa kenderaan kebombaan)
SEREMBAN, 30 September- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, telah melaksana beberapa siri latihan seperti latihan pemanduan bot, latihan menyelamat di air serta latihan berkaitan bencana sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan Monsun Timur Laut.
Menurut Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Hamdan Ali, pihaknya sentiasa memastikan kenderaan dan peralatan kebombaan berenjin sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga
Selain itu, cuti pegawai serta anggota akan dibekukan sekiranya memerlukan mereka untuk bertugas.
Beliau turut memaklumkan "dari semasa ke semasa JPBM Negeri Sembilan sentiasa bersiap sedia dengan peralatan dan juga aset serta berkaitan.
"Anggota bomba yang bersiap sedia melakukan latihan supaya mereka dalam keadaan yang terbaik untuk melaksanakan apa-apa tindakan yang diperlukan."
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulan JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2.
Pihaknya juga menasihatkan agar penduduk yang berada di kawasan berisiko berlakunya kejadian banjir serta tanah runtuh supaya sentiasa berwaspada dan bertindak menyelamatkan diri sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
(Hamdan Ali ketika ditemui pemberita di Seremban 2)