fb fb fb fb fb

Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam dilancar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) melancarkan buku Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 15 Ogos- Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam dilancarkan hari ini bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali ke-20 (MAPPA XX).

Pelancaran tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pelancaran dasar itu bertujuan membina kompetensi, daya cipta dan kecekapan perkhidmatan penjawat awam. 

"Kita perlu melahirkan modal insan yang kompeten dalam melaksanakan tugas. Di situlah pembangunan bakat diambil kira oleh JPA untuk pastikan penjawat awam berpotensi dalam menghadapi era digital AI.

"Penumpuan akan diberikan kepada latihan dan kemajuan kerjaya semua skim. Sebelum ini kebanyakannya bergerak sendiri mengikut skim tapi kita adakan blueprint berkaitan pembangunan bakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jelasnya, dasar itu digubal bagi memastikan sektor awam sentiasa relevan, responsif dan mampu memacu agenda reformasi negara.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello