fb fb fb fb fb

JBPM Kelantan selamatkan empat remaja hanyut di Machang

Lapan anggota daripada BBP Machang bergegas ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa.

MACHANG, 14 Disember- Kepantasan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang berjaya menyelamatkan empat remaja daripada dihanyutkan banjir petang tadi.

Empat remaja  berusia 16 tahun itu didapati tersangkut pada pokok dalam kejadian dekat Kampung Mengketil di sini hari ini.

Komander Operasi JBPM Mokhtar Che Mah berkata laporan mengenai kejadian itu diterima Pusat Gerakan Operasi pada 4.18 petang tadi dan lapan anggota daripada BBP Machang diketuai beliau bergegas ke lokasi.

"Setiba di lokasi didapati terdapat empat remaja lelaki telah dihanyutkan dan tersangkut pada pokok dalam jarak 150 meter.

"Anggota operasi kemudiannya menggunakan tali dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa yang tersangkut itu dan mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi selesai pada 5.51 petang tadi. 

  

ZEHRA BINTI ZAMBRI