fb fb fb fb fb

JBPM Kedah pantau kawasan pencerobohan kawasan laluan paip gas

Foto hiasan

ALOR SETAR, 24 April- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah menjelaskan dakwaan pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik Petronas di dua kawasan di daerah Pendang dalam pemantauan dan terkawal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Azhar Mohd berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengusir atau memindahkan orang awam dari kawasan tersebut kecuali arahan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Setakat ini pihak bomba tiada ada kuasa tetapi pihak majlis akan bertindak dan juga dibantu pihak polis. Kita hanya menyarankan supaya kawasan tersebut dikosongkan tetapi kita tiada ada kuasa untuk mengeluarkan mereka. Jadi kita guna kuasa majlis dan polis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka  JBPM Negeri Kedah di sini.

Azhar Mohd turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pencerobohan dan sebarang aktiviti yang berisiko sehingga boleh menyebabkan kebocoran dan kerugian.

Semalam, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah membangkitkan isu pencerobohan kawasan laluan paip gas milik Petronas dekat Kampung Sungai Jagung dan Kampung Padang Pusing di Pendang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, perkara itu dimaklumkan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang baru-baru ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI