fb fb fb fb fb

JBPM bekerjasama dengan pemilik bot persendirian, persediaan operasi menyelamat

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin/BERNAMA

KOTA BHARU, 16 November- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti pemilik-pemilik bot persendirian di negeri terlibat banjir bagi bekerjasama dalam membantu operasi menyelamat dan memindahkan penduduk terjejas pada musim tengkujuh.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, kerjasama itu diperlukan kerana kemahiran mereka berkait selok-belok kawasan terjejas.

"Kita pun memang memerlukan bantuan daripada masyarakat yang lebih mahir dengan selok belok di kawasan tersebut, sebab kita sudah tidak nampak apa, kadang-kadang dia sahaja yang tahu, memang kita perlu sangat  masyarakat setempat yang mahir dan mahir bukan setakat mengendalikan bot, mahir dengan selok-belok di situ dan memudah mempercepatkan untuk kita  memindah atau memberi bantuan kepada mangsa", katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 di Tunjong, Kota Bharu.

Mengulas lanjut katanya, bomba telah memberikan latihan menyelamat kepada mereka dan turut akan membekalkan bahan api bagi keperluan operasi menyelamat.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya sekurang-kurangnya seorang anggota agensi penyelamat turut serta di dalam bot terbabit bagi membantu penyelarasan pergerakan.

ROSLINA BINTI DIN