fb fb fb fb fb

Jawatankuasa khas ditubuh, selesai perbalahan - PM

(Insiden berlaku di KLIA, Rabu lalu)

SERDANG, 6 Ogos- Satu jawatankuasa khas dalaman akan ditubuhkan bagi menyelesaikan isu perbalahan berkaitan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali diberi tanggungjawab untuk memilih ahli jawatankuasa itu nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan; perkara itu perlu diteliti secara adil dan dapat diselesaikan segara.

"Kita serah kepada jawatankuasa untuk siasat, bukan susah sangat sebab saya lihat ada video. Mereka perlu memanggil saksi, kedua-dua belah pihak dan jawatankuasa tersebut akan buat keputusan.

"Kita bincang dan tidak mahu timbul perpecahan dalam kakitangan kerajaan, suasana harmoni dalam kerajaan perlu dikekalkan,"katanya.

Beliau menjelaskannya kepada media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS, Serdang.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang Pegawai Kanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dikatakan berang ekoran tidak diberi layanan vip.


(Perdana Menteri ditemui media selepas merasmikan MAHA 2022 di Serdang)

Media Baharu