fb fb fb fb fb

Jawatan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama akan dinaikkan kepada gred 54

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ketika ini sedang dalam kajian peringkat akhir untuk memperkasa gred jawatan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama kepada gred 54 .

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata usaha itu sebagai memperkasa institusi penguatkuasaan agama, terdiri dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam yang dilantik melaksanakan tugas sebagai Penguat Kuasa Agama di negeri-negeri.

Kajian menyeluruh sedang dilakukan oleh JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mencapai kesefahaman dalam usaha menggalakkan skim Gaji Pegawai Penguat Kuasa Agama di seluruh negara.

(FOTO HIASAN)

Ini memandangkan sebahagian Pegawai Penguat Kuasa Agama merupakan penjawat awam daripada lantikan negeri.

"Aspek penting yang sedang diteliti merangkumi , gred jawatan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) sedia ada di setiap negeri, bilangan anggota penguat kuasa agama, statistik aduan perlakuan kesalahan jenayah," kata Marzuk menjawab pertanyaan wakil Dungun , Tuan Wan Hassan Mohd Ramli di Dewan Rakyat.

Media Baharu