fb fb fb fb fb

RM300 juta nilai pembiayaan perumahan ditawarkan kepada penjawat awam

PUTRAJAYA, 27 Julai - RM300 juta nilai pembiayaan perumahan ditawarkan kepada penjawat awam untuk miliki rumah kediaman.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Farid Nawawi, nilai tersebut merupakan sasaran tahun pertama melalui kerjasama yang telah dijalinkan bersama Bank Mualamat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini.


(Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),
Farid Nawawi (berbaju biru) ketika sidang media di sini)

"LPPSA sentiasa membuka peluang kerjasama dengan institusi kewangan atau institusi pembiayaan lain bagi memudahkan dan membantu kakitangan sektor awam mendapatkan kemudahan kredit atau pembiayaan untuk membeli kediaman idaman di lokasi strategik.

"Ini bukan sahaja merupakan sebahagian daripada mandat tetapi juga usaha berterusan dari pihak LPPSA," katanya pada majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara LPPSA dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Tambah beliau, ia merupakan inisiatif positif yang melibatkan kerjasama sektor awam dan swasta bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap kakitangan awam memiliki rumah kediaman.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin menyatakan, melalui pembiayaan perumahan "Gadaian Kedua" ini, pihak Bank akan menyediakan pembiayaan perumahan tambahan untuk pembelian rumah bagi melengkapkan pembiayaan yang telah diluluskan oleh LPPSA.

Media Baharu