fb fb fb fb fb

17,304 peneroka usahawan tanam semula secara individu

Foto fail

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Seramai 17,304 peneroka FELDA atau 15.4 peratus, mengusahakan tanam semula secara individu.

Daripada jumlah itu 8,501 peneroka menghantar hasil melalui paysheet Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) iaitu 49.1 peratus, manakala 50.9 peratus peneroka menghantar hasil mereka kepada peraih luar.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed)

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, dua dasar FELDA digunakan melalui konsep kebersamaan peneroka bersama FELDA, iaitu hasil dihantar kepada FELDA dan tingkatkan kecekapan pengurusan ladang.

"Faktor-faktor yang mendorong peneroka mengurus tanam semula secara individu adalah seperti berikut, peneroka tidak ingin berkongsi pendapatan secara blok atau secara peringkat, isu perwarisan dan tiada kesepakatan waris untuk urus kebun ingin berdikari dan berpandangan mampu untuk urus kebun," katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Media Baharu