fb fb fb fb fb

Hotel dua tingkat di Alor Setar musnah dalam kebakaran

ALOR SETAR, 27 Julai- Sebuah hotel di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 2.26 pagi itu memusnahkan hampir keseluruhan hotel terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain bagaimanapun mengesahkan tiada mangsa terlibat kejadian itu.

Beliau berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bersama 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik dihubungi.

Semasa kejadian tiada sebarang tetamu yang menginap di hotel berkenaan kerana sudah lama tidak beroperasi.

Tindakan pantas anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dari merebak di kawasan berdekatan.

Sebuah hotel yang terletak di tengah Bandaraya Alor Setar musnah dalam kebakaran awal
pagi tadi / FOTO JBPM

Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya, PBS Jalan Kundor dan PBS Kuala Kedah.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi itu tamat pada pukul 3.58 pagi dan kemusnahan akibat kebakaran itu dianggarkan sebanyak 90%.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Hotel dua tingkat ini dikatakan telah mengalami kebakaran empat kali sebelum ini namun ia hanya kebakaran kecil.

Media Baharu