fb fb fb fb fb

MAIWP agih zakat berjumlah RM297.14 juta

NEGERI SEMBILAN, 27 Julai - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan zakat berjumlah RM297.14 juta menerusi pelbagai skim bantuan yang ditawarkan kepada golongan asnaf berkelayakan dalam tempoh Januari 2022 sehingga 31 Mei lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, setiap bulan sebanyak RM30,200 ketua keluarga di tiga Wilayah Persekutuan telah dibantu.

Mereka menerima bantuan tetap antara RM500 ke RM1,000 setiap bulan.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad)

"Bantuan yang kita berikan adalah banyak iaitu 30 skim, bantuan kesihatan bantuan bulanan bantuan makanan untuk IPT bulan enam ini kita akan mula program kepada IPT sekolah gerobok rezeki disekolah agama di masjid itu antara benda yang kita berikan bantuan kepada rakyat begitu juga dengan bantuan makanan sedia untuk dimakan yang kita berikan lebih kurang RM8 ke RM9 untuk kita beri di IPTA dan juga asnaf seluruh Wilayah Persekutuan dan juga di Putrajaya serta Labuan,"katanya di sini.

MAIWP juga telah memperuntuk sebanyak RM40 juta untuk modal perniagaan dalam usaha melahirkan sekurang-kurangnya 2,000 asnaf yang berjaya dalam bidang keusahawanan tahun ini.

Idris Ahmad ditemui selepas merasmikan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2022 Kali Kesembilan bertemakan 'Zakat dan Kemiskinan' di Nilai, Negeri Sembilan. Majlis Muzakarah Zakat Kebangsaan ini diadakan selama dua hari bermula semalam dan hari ini.

Media Baharu