fb fb fb fb fb

KUSKOP sasar jumlah jualan produk tempatan cecah RM1 juta

Datuk Ewon diberikan penerangan semasa tinjauan reruai yang dibuka sepanjang PMR SABAH 2025. Foto Bernama

TAWAU, 9 Mei - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan jumlah jualan produk usahawan tempatan mencecah 1 juta ringgit sepanjang penganjuran Program Madani Rakyat (PMR) sehingga 11 Mei ini.

Pihaknya turut menjangkakan 1.5 juta padanan niaga yang bakal memberi manfaat kepada peniaga.

Menterinya, Datuk Ewon Benedict berkata, lebih 100-ribu pengunjung hadir memeriahkan program yang menyaksikan penyertaan 158 usahawan tempatan di bawah inisiatif Jualan MADANI.

Beliau terdahulu membuat tinjauan reruai yang dibuka sepanjang PMR SABAH 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada Khamis.

Program RMR SABAH 2025 menampilkan 36 reruai kementerian dan agensi, 204 perkhidmatan secara langsung, serta pelbagai slot libat urus dan pameran aset.

Usaha itu membuktikan komitmen kerajaan dalam merancakkan ekonomi rakyat serta memperkukuh jaringan usahawan tempatan melalui platform berskala besar.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN