JOHOR BAHRU, 9 Mei - Penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor, JTDC menjadi platform terbaik dalam membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran, seiring keperluan industri.
EXCO Pendidikan dan Penerangan , Aznan Tamin berkata, 11 sektor utama dikenal pasti akan menawarkan peluang pekerjaan sesuai dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, JS-SEZ.
"Isunya adalah untuk memastikan tiada lagi ketidakpadanan antara industri dan juga pembangunan bakat, kami (JTDC) hendak memastikan anak-anak keluaran TVET, anak-anak keluaran university mendapatkan gaji yang lebih lumayan, "katanya.
JTDC yang ditubuhkan sejak November tahun lalu, menyasarkan 20 ribu peluang pekerjaan setiap tahun dengan gaji bermula daripada 3 ribu ringgit bagi lepasan Diploma dan 4 ribu ringgit lepasan Ijazah.
Beliau ditemui selepas Perasmian Festival Idea TVET, FESTIVET di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru.