fb fb fb fb fb

Jasa mendiang L/KPL Lemon Elias Omon Rona menentang komunis sentiasa dikenang

KUCHING, 31 Julai- Pengorbanan mendiang Lans Koperal Lemon Elias Omon Rona yang terkorban semasa menentang pengganas komunis terus diingati penduduk di Bau.

Pengerusi Persatuan Veteran Bidayuh Singai Bau, Zakaria Abdullah berkata walaupun namanya tidak segah pahlawan lain, namun pengorbanannya memastikan keamanan negara, amat bermakna bagi teman seperjuangannya.

Bersempena Hari Pahlawan, seramai 20 veteran askar di Kampung Sudoh Bau mengadakan majlis memperingati mendiang Lans Koperal Lemon di Tanah Perkuburan St. Micheal, pagi tadi.

Dalam pada itu, Zakaria berharap kerajaan akan terus mengiktiraf veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia yang pernah berjuang mempertahankan negara lebih-lebih lagi pada zaman komunis.

Ditemui RTM pada majlis tersebut, dedah beliau lagi mendiang Lemon terbunuh akibat ditembak komunis dalam satu operasi tentera di Gopeng, Perak pada April 1980.

Bagi Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Henry Harry Jinep pula, suara para veteran ini lebih mudah didengar dengan adanya penubuhan persatuan atau pertubuhan.

Beliau yang juga penaung persatuan berkenaan turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 bagi membantu menggerakkan persatuan baru tersebut.


(Mendiang Lans Koperal Lemon Elias Omon Rona)



(Mendiang Lans Koperal Lemon Elias Omon Rona)

Media Baharu