fb fb fb fb fb

JAPEN anjur empat program utama sempena HKHM 2022

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bakal menganjurkan empat program utama bagi menyemarakkan suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia HKHM 2022.

Serentak pada 30 Julai ini, program anjuaran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia KKOM akan dimulakan dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Putrajaya.

Menurut Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JAPEN, Datuk Sivabalan Ethirmanasingham, program utama yang akan dianjurkan ialah Program Kembara Keluarga Malaysia, Program Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia, Program Semarak Gemilang 2022 dan Program Merdeka @Komuniti Keluarga Malaysia.

Keempat-empat program tersebut bertujuan untuk merakyatkan sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia hingga ke peringkat komuniti.

"Kami juga mengalu alukan rakyat malaysia supaya datang beramai-ramai ke acara-acara yang bakal dianjurkan ini.

"Maksud datang beramai-ramai ini adalah datang dengan keluarga ya, kita nak merakyatkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ni, jadi maksud merakyatkan ialah kita bukan sahaja hendak rakyat datang tengok tapi rakyat datang bersama keluarga bersama datuk nenek cucu, anak-anak bersantai bersama pemimpin negara," kata Sivabalan.

Acara pelepasan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 yang bakal menjelajah ke seluruh semenanjung serta Sabah dan Sarawak ini bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 30 Julai depan.

Tambah beliau terdapat kelainan yang ditonjolkan tahun ini dengan adanya Program Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia iaitu program berjalan beramai-ramai secara santai di Dataran Putra, Putrajaya dengan jangkaan seramai 10,000 penyertaan.


(Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JAPEN, Datuk Sivabalan Ethirmanasingham)

 

Media Baharu