fb fb fb fb fb

1,250 anggota bomba baharu ditempatkan di balai seluruh negara

PUTRAJAYA, 12 Julai- Seramai 1,250 anggota pegawai bomba baharu akan ditempatkan di balai bomba seluruh negara bagi menampung kekosongan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, baki 1,630 kekosongan lagi akan diisi pada tahun hadapan.

"Jadi dengan tamatnya kursus sains kebombaan siri 1, 2022 ni kita akan melaksanakan pertauliahan kepada mereka. erti katanya di dalam kebombaan ini mereka sudah layak dipanggil seorang pegawai bomba dan mereka ini akan kita tempatkan di seluruh negara untuk menampung kekosongan yang ada di semenanjung, Sabah dan juga Sarawak serta di Labuan. Kita percaya mereka ini akan ditempatkan di balai-balai baru yang mana dahulu kita ada balai tetapi penjawatannya belum diisi," beliau bercakap kepada media selepas Program Ibadah Korban Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Warga Bomba di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),
Datuk Mohammad Hamdan Wahid

Tambahnya semua pengambilan itu membabitkan gred KB19, KB29 dan KB41.

Semua pengambilan adalah sebahagian jawatan yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam tahun ini dan kekosongan antara lain disebabkan persaraan serta penubuhan balai bomba baharu.

Media Baharu