fb fb fb fb fb

i-Lindung berupaya realisasi kadar penembusan insurans lebih 70%

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yakin kemudahan i-Lindung berupaya membantu merealisasikan hasrat negara untuk mencapai kadar penembusan insurans lebih daripada 70%, selain dapat membantu ahli mendapatkan perlindungan insurans dan takaful.

Jelas beliau, kemudahan i-Lindung ini boleh didapati pada kadar minimum RM30 setahun dengan perlindungan sebanyak RM10,000 serta boleh ditolak daripada Akaun 2.

Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir

Berita berkaitan
KWSP lancar i-Lindung, permudahkan pembelian produk insurans, takaful

Menurutnya, KWSP turut menyasarkan sebanyak 300,000 orang bagi platform i-Lindung tersebut untuk tahun pertama pelaksanaannya.

Tawaran perlindungan kepada ahli KWSP juga berkuat kuasa secara serta-merta.

Media Baharu