fb fb fb fb fb

Jangkitan HIV perlu diturunkan sehingga 90%, akhiri ancaman menjelang 2023

Tmbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli

SHAH ALAM, 2 Disember- Jangkitan HIV perlu diturunkan sehingga 90 peratus bagi mengakhiri AIDS sebagai ancaman kesihatan awam menjelang tahun 2030. 

Melalui Hari AIDS Sedunia yang diadakan, kesedaran masyarakat perlu dipertingkat, terutama berkitan jangkitan HIV, langkah-langkah pencegahan serta rawatan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, jangkitan baru HIV di Malaysia secara amnya telah mencatatkan penurunan sebanyak 50 peratus di antara tahun 2000 hingga 2009. Namun, mulai tahun 2010 sehingga kini, kadar penurunan semakin perlahan iaitu hanya 24 peratus di antara tahun 2010 hingga 2022. 

Kementerian Kesihatan KKM dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus memantapkan pelaksanaan program pencegahan, kawalan, rawatan dan jagaan bagi mengekang jangkitan HIV.

Program saringan HIV juga akan diperluaskan dengan pelaksanaan saringan kendiri yang akan menjadi pilihan tambahan. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan 2023 di UITM Puncak Alam.

ROSLINA BINTI DIN