fb fb fb fb fb

Jangan sertai sebarang perhimpunan haram - KPN

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan masyarakat untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang bercanggah atau melanggari undang-undang negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya telah mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti 'flashmob' di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.

(FOTO FAIL)

“Masyarakat seluruh negara dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM terhadap mana-mana penganjur flashmob, perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman hari ini.

Tambah Acryl, PDRM akan terus memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.

Media Baharu