fb fb fb fb fb

Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik penasihat industri UKM-GSB

BANGI, 16 Julai- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik sebagai penasihat industri Universiti Kebangsaan Malaysia-Graduate School Of Business (UKM-GSB).


Dekan UKM-GSB, Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul berkata, pihaknya yakin pelantikan itu akan menaikkan lagi taraf pengajian di UKM-GSB.

"Perancangan untuk jangka panjang kita akan melibatkan KSU dalam berberapa program yang sedang kita rancang. Kita juga akan melibatkan KSU dalam input-input yang berguna untuk menambah baik kualiti porgram pengajian di UKM GSB," kata Dr Zafir Khan selepas Majlis Penghargaan Media bersama Ketua Setiausaha K-KOMM dan UKM-GSB di sini.

(Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul di temu bual selepas Majlis Penghargaan
Media bersama Ketua Setiausaha K-KOMM dan UKM-GSB)

Mohammad Mentek turut hadir menyampaikan anugerah kepada pihak media.

Dr Zafir Khan berkata, pihaknya akan terus berperanan sebagai pusat pengajaran pascasiswazah dan penyelidikan bagi UKM.

Media Baharu