fb fb fb fb fb

"Negara tidak akan mengalami situasi seperti Sri Lanka" - Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kedudukan fiskal negara masih kukuh dan terurus.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Malaysia tidak akan mengalami situasi bankrap seperti Sri Lanka.

Ini kerana kadar keberhutangan negara juga masih rendah berbanding negara Asia lain termasuk Jepun dan Singapura iaitu pada 63.4 peratus.

Menurut beliau lagi, kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bukan aspek terpenting dalam menentukan kadar hutang adalah terkawal sebaliknya turut diukur melalui kemampuan keberhutangan dan kemampanan hutang.

"Kerajaan sentiasa disiplin menyempurnakan tanggungjawab pembayaram hutang negara dan tidak pernah gagal untuk membayar faedah dan hutang yang telah matang sekali gus membuktikan kedudukan fiskal negara yang kukuh dan mampan," kata beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Tambahnya lagi Tabung Kewangan Dunia (IMF) sebelum ini mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sekitar 5.7% tahun ini.

Tengku Datuk Seri Zafrul menjawab dakwaan yang tular di media sosial mengenai kadar keberhutangan negara yang mungkin menyebabkan Malaysia mengalami nasib sama seperti Sri Lanka.


(FOTO REUTERS)

Media Baharu