fb fb fb fb fb

Jangan sabotaj parti, tindakan tegas akan diambil

SEREMBAN, 2 Ogos- Dalam menghadapi musim Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15), ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti terutama di enam buah negeri ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap ahli parti berkenaan sekiranya terdapat laporan berlakunya unsur sabotaj tersebut.

"Saya cuma nak ingatkan, masa untuk jadi duri dalam daging sudah berlalu. Ini merupakan masa terbaik untuk kita gerakkan jentera pilihan raya menggamit sokongan.

"Perkara itu termasuk ahli tetap dan juga rakan dalam parti Pakatan Harapan (PH) demi semangat Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Santai Bersama Rakyat di Pantai.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberitahu, setakat ini tiada sebarang laporan rasmi diterima daripada Lembaga Disiplin parti namun beliau tidak mahu perkara sedemikian terjadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan pembangkang supaya tidak bersikap pilih kasih dalam mengulas isu rasuah pada PRU DUN ke-15 kali ini.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu