fb fb fb fb fb

Jangan leka dengan keamanan negara

(Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani
Masyarakat Bersama Polis)

TANJUNG MINYAK, 16 Mei- Rakyat diingatkan agar tidak leka dengan keamanan yang dikecapi negara pada masa kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sokongan rakyat, kestabilan politik dan tumpuan kepada pembangunan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.

”Polis dan tentera jalankan tugas dan jangan kita lupa kalau negeri ini tidak aman orang tidak datang. Di Sudan, di Pakistan tidak ada pelaburan baharu. Di Malaysia banyak pelaburan baharu kerana keamanan yang dijamin oleh rakan-rakan polis.

"Sebab itu kita jangan lupa kadang-kadang kita andaikan sudah aman. Siapa yang jaga? Siapa yang kawal perbatasan? Siapa yang kawal perbatasan laut? Siapa yang kawal kemanan berjalan malam dengan aman?," kata anwar semasa berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Masyarakat Bersama Polis di sini.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Masyarakat
Bersama Polis)

Media Baharu