fb fb fb fb fb

Jalinan kerjasama KL- Beijing akan ditingkatkan - Fadillah

Kunjungan itu juga bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun depan.

BEIJING, 16 November- Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ke China diteruskan selama empat hari di Beijing bermula hari ini.

Lawatan rasmi itu memberi fokus kepada usaha mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara Kuala Lumpur-Beijing, bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Kunjungan itu juga bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun depan.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China, Yu Jianhua.

Pertemuan empat mata itu berlangsung kira-kira satu jam di pejabat kerajaan daerah Chaoyang.

Fadillah selepas ini dijadual mengadakan mesyuarat bersama Naib Premier China, Liu Guozhong.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM